top of page

Sejarah

   Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah ditubuhkan pada 14 Oktober 1969, berikutan keputusan Kongres Masyarakat Islam dua bulan sebelum itu. Pertubuhan ini wujud hasil gabungan tiga persatuan Islam yang besar di negeri ini iaitu Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Sabah dan Persatuan Islam Tawau.



   Sejak itu, USIA terus memainkan peranan yang amat bermakna dalam gerakan Dakwah di Negeri Sabah. Antara kejayaan besar USIA termasuklah penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 26 April 1972 dan pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah pada 23 September 1973. Sebagai sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di negeri ini, pengalaman USIA dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan demi menegakkan kalimah Allah telah membolehkan pertubuhan ini terus relevan di pentas dakwah tanah air.

​

   Kejayaan mengIslamkan seramai 71,471 orang dalam tempoh 6 tahun pertama penubuhannya juga membuktikan USIA sebagai pertubuhan Islam yang terunggul di negeri ini.

  • Memperbaiki dan mempertingkatkan sosio ekonomi masyarakat Islam di Negeri ini
  • Menyemai perasaan persaudaraan, muhibbah dan toleransi di kalangan sesama Islam dan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam
  • Menjalankan kerja kebajikan dan amal jariah seperti sumbangan derma dan biasiswa/dermasiswa kepada orang Islam yang memerlukan
  • Menentukan kepentingan dan hak masyarakat Islam di Negeri dan Negara ini sentiasa terpelihara dalam mana undang-undang dan amalan
  • Menyediakan kemudahan pengajian dan pembelajaran Islam di seluruh Negeri Sabah
  • Menganjurkan dakwah Islamiah kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri ini, berlandaskan Quran dan Sunnah
  • Menanam kefahaman tauhid di kalangan umat demi membentuk budi pekerti dan akhlak mulia
  • Memelihara kepentingan umat Islam

Visi

Misi

  • Meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap Islam, di samping berazam membangunkan modal insan yang menyeluruh, melalui penjanaan sosio ekonomi  umat serta pembinaan kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi mutakhir
  • Memainkan peranan dalam arus perdana dakwah dan pengislahan umat melalui penyebaran dakwah kepada semua golongan masyarakat, di samping berusaha meningkatkan penghayatan Islam di kalangan saudara kita
  • Mempelbagai kegiatan sosial terutama penglibatan generasi muda
  • Mengukuhkan kedudukan USIA di mata segenap lapisan masyarakat, khususnya di Negeri Sabah
  • Menambah keahlian umat Islam sebagai ahli USIA
bottom of page